Pages

Wednesday, September 24, 2008

Debaran

Hari ini usia kandungan ku 37 minggu 5 hari. Terasa perit benar kulit perutku. Dan kedudukannya nampak ketara kebawah. Hari ini pun bayi ku selalu mengeras. Terasa tegang perut. Aku sendiri pun terasa kurang selesa. Kekadang terasa sakit belakang, lenguh kaki dan macam-macam lagi. Hati pun berdebar jugak. Risau kalau-kalau ini adalah harinya. Tetapi memang aku mengaharapkan agar aku dapat melahirkan bayi ku ini sebelum kami pulang untuk berhari raya. Aku takut untuk melahirkan bayiku ini di hospital kerajaan di kampung ku. Dah terlalu banyak perkara buruk yang didengari berkenaan hospital tersebut. Jadi ia menambahkan lagi keinganku untuk melahirkan bayiku disini (Klinik Kohilal). semoga harapan ini menjadi kenyataan.


Menahan diri untuk pergi ke klinik. InsyaAllah akan buat checkup sebelum balik ke kg untuk berhari raya. Selamat Hari Raya....

Tuesday, September 16, 2008

Ramalan

Seawal subuh semalam, aku mendapat panggilan daripada kakak ku. Dia bertanyakan khabar aku dan babby. Tetiba sahaja dia katakan yang aku akan bersalin esok hari. Terkejut aku dibuatnya. Nak tergelak pun ada. Dah macam ahli nujum gaya percakapan akak ku ini. Aku sekadar ketawa kepadanya. Bersungguh dia meminta aku mempercayainya. Katanya ada seseorang yang telah membuat kenyataan tersebut. Menurutnya aku akan melahirkan bayi ku ini pada hari selasa pukul 8.30 mlm. Siap dengan waktu lagi tu. Katanya jangan percaya sangat, tetapi sekadar untuk berjaga-jaga. Dan dia kata dia terpaksa memberitahu aku perkara tersebut kerana dia bimbang yang aku akan drive sendiri ke pejabat. Oleh itu, dia minta suami ku agar menghantar aku ke pejabat pada hari ini dan hari2 seterusnya. Memang dah lama suami ku menawarkan untuk menghantar aku. Tetapi aku yang malas, kerana aku terpaksa menunggu terlalu lama untuk dia menjemput ku pulang. Walaubagaimanapun, atas desakan kakak ku, aku akur.

Sebenarnya memang hati tak mahu percaya dengan semua itu, tetapi.... sedikit sebanyak ia turut memberi kesan kepadaku. Semalam sukar untuk aku melelapkan mata. Semua gara-gara cerita yang akak aku bawa. Sebab hari ini adalah hari selasa. Awal-awal pagi lagi dia telah menelefon emak untuk bertanyakan hal aku. Sejak hari sabtu yang lepas emak telah datang kerumah kami. Bertujuan untuk meneman & menunggu ku sekiranya aku bersalin. Terima kasih emak. Walaupun dalam keadaan kesihatannya yang tidak berapa menggalakkan, dia sanggup datang untuk menemankan ku. Itu lah kasih ibu kepada anaknya.... terharu....

Belum habis cerita akak ku. Hari ini ntah berapa kali dia telah menelefon ku. Kalau tidakpun dia akan sms. Kesian pula aku padanya. Risaunya melebihkan suamiku pula. Terima kasih long. Adik mu ini masih lagi sihat, masih belum terasa sakit untuk bersalin.

Tetapi... betulkah ramalan tersebut? sekiranya bukan hari ini (16 Sep 08 / selasa) katanya mungkin minggu depan (23 Sep 08 / selasa). Tetapi harinya adalah hari selasa, waktu 8.30 mlm..... mmmmmmmm... sama-samalah kita tunggu dan lihat ek...

Thursday, September 11, 2008

Minggu ke-36

Salam,

Lama benar rasanya tidak menjengah ke laman ini. Dan lama juga tidak aku mencoret disini. Kini bayi ku telah genap 9 bulan berada didalam rahim ini. Dah terasa besar benar bayi ku ini. Setiap pergerakannya kini dapat aku rasakan. Walaupun dia hanya sekadar memusingkan badannya. Disebabkan tubuhnya yang semakin membesar dan tempat tinggalnya (rahimku) sudah menjadi kecil baginya. Oleh itu, selalu sahaja kelihatan perutku akan terbonjol dikiri atau dikanan. Dapat dirasakan anggota badannya seperti kaki & tangannya. Tetapi, setiap kali dia menolak atau menonjolkan dirinya, aku akan terasa senak dan agak sakit. Pergerakannya terasa amat kuat sekali.

Kini aku mengira hari. Agak berdebar rasa dihati. Sekarang aku kerap terasa sakit dibahagian belakang. Setelah dirujuk kepada doktor, katanya itu adalah contraction yang biasa akan berlaku pada hujung-hujung kehamilan. Dan itu adalah tanda-tanda awal untuk proses kelahiran. Dan hari ini aku rasakan yang kaki kiri ku sengal-sengal. Semua rasa ini menyebabkan aku tidak selesa. Ditambah dengan beban kerja di pejabat yang berlambak. Sekarang aku sibuk membuat senarai untuk serahan tugas. Semoga mudah pengganti ku kelak.

Dan hari ini juga merupakan hari ke 11 ramadhan. Alhamdulillah aku masih mampu berpuasa. Berpuasa bersama bayi didalam rahim terasa seronok. Berada dibulan yang penuh berakah, semoga keberkatan yang diberikan didalam bulan ini turut dapat dirasai oleh bayi ku ini.

Ameeeeennnnnn.....

Ya Allah, Engkau permudahkanlah segala urusan pada hari kelahirannya nanti...