Pages

Friday, May 9, 2008

MGTT Test

Hari rabu yang lepas (7hb Mei) adalah hari bagi ujian MGTT saya. Ujian ini dilakukan bagi mengenalpasti samaada ibu hamil mempunyai penyakit kencing manis ataupun tidak. Tidak semua ibu hamil perlu malakukan ujian ini. Ia hanyalah bagi mereka yang keturunannya mempunyai penyakit yang disebutkan. Bagi saya, ibu saya adalah penghidap kencing manis (yang tidak serius).

Pada 6 Mei, bermula jam 10.00 mlm saya perlu berpuasa sehingga keesokan harinya. Seawal jam 8.00 pagi lagi saya perlu berada di makmal perubatan klinik kesihatan selayang untuk ujian darah. Darah diambil dihujung jari dan keputusan akan terus direkodkan.

Kemudian, saya perlu ke klinik ibu & anak untuk proses seterusnya iaitu minum air gula. Air gula tersebut sememangnya air gula yang pekat! hampir termuntah saya ketika meminumnya. Sekiranya termuntah, mereka akan buatkan 1 gelas lagi dan perlu meminumnya semula... uuuuuwwweeekkkk.... Saya perlu minum 1 GELAS BESAR!! Sesudah itu, saya hendaklah menunggu selama 2 jam untuk ujian darah kali kedua.

Untuk menunggu 2 jam sempat lah juga saya pulang keruma dan tidur ;-)

Tepat 2 jam, saya pergi semula ke makmal bersama suami untuk ujian darah kali kedua. Selesai ujian darah di makmal, pergi semula ke klinik ibu & anak untuk bacaan keputusan. Alhamdulillah semuanya normal.

Satu ujian yang memenatkan.