Pages

Wednesday, March 26, 2008

Detik awal

Pada awal February 2008, aku menantikan peroidku dan berdoa agar dia hadir pada waktu yang sepatutnya. Aku agak terkejut apabila pada 1hb February aku telah didatangi haid. Awalnya. Bulan lepas (January) period ku pada 3hb. Sekali lagi aku terkejut apabila hanya 1 hari sahaja period ku. Belum pernah dalam hidup ku, aku mengalami period hanya 1 hari. 1 hari dan 1 kali sahaja. Aku mengeluh kerana period ku masih belum tetap lagi. 3 bln lepas, 2 bln aku tidak didatangi haid. Sangka ku mengandung. Tetapi..... semuanya meleset. Sehinggakan doktor memberiku ubat untuk period serta menguatkan rahim.

Aku teruskan kehidupan seperti biasa. Dalam tempoh beberapa minggu kemudian, aku merasakan perubahan dalam diriku. aku merasakan sakit seolah2 akan didatangi haid. tetapi setelah 2 minggu berlalu, masih lagi belum period. Tekak ku juga terasa tidak selesa. Dan kekadang terasa ingin muntah. Payu daraku juga terasa sakit. Aku bertanya sendiri, adakah aku mengandung? Aku tak mahu terlalu berharap, bimbang kecewa lagi. Mungkin semua ini sekadar mainan perasaan, kerana aku terlalu obses untuk mengandung.

Pada 21hb February, aku telah pergi ke farmasi untuk membeli pregnancy test. Aku beli tanpa pengetahuan suami. Pada awal keesokan paginya, aku telah melakukan pregnancy test tersebut. Alangkah terkejut dan terharu apabila aku dapati aku sedang mengandung. Keputusannya positif! terkejut suami ku bila aku tunjukkan keputusan tersebut. Senyum tanpa sebarang kata.

Pada tarikh 22 February 2008, kami telah pergi membuat pengesahan kehamilan disebuah pusat rawatan Islam. Alhamdulillah, doktor mengesahkan bahawa aku sedang mengandung 7 minggu. Perasaan bersyukur tidak dapat digambarkan. Betapa gembiranya diri ini dan juga suami. Akhirnya apa yang diharapkan oleh setiap pasangan yang berkahwin telah dikurniakan kepada kami. Terima kasih Ya Allah. Alhamdulillah, tak perlu lagi kami berpenat mulut menjawab pertanyaan orang kampung.

Doktor skan kandungan, dan ia masih berbentuk bulat. Tetapi sudah nampak denyutan jantungnya.

Terima kasih Ya Allah.... kami amat-amat bersyukur kepada mu.

Akan aku coretkan pengalaman sepanjang proses untuk menjadi seorang ibu diruangan ini sebagai tatapan ku serta panduan buat insan lain yang bakal bergelar ibu.

No comments: