Pages

Wednesday, March 26, 2008

2nd Check Up - 11 minggu

Pada 22hb March 2008. Saya telah menjalani pemeriksaan kesihatan untuk kali kedua. Kali ini, adalah bagi proses menghasilkan kad mengandung. Berat badan diambil beserta ujian urine. Imbasan ultra sound turut dilakukan. Kali ini, saya telah nampak bentuk fizikalnya. Dia telah mempunyai kepala, tangan dan kaki. Dan kelihatan dia bergerak-gerak. Tetapi saya masih belum dapat merasakan pergerakannya. Ini adalah kerana dia masih terlalu kecil. ukurannya hanya sepanjang 4 cm. Usia Kandungan ku juga telah menjangkau 11 minggu.

Dalam waktu ini, pelbagai perubahan telah saya rasai. Tekak kekadang terasa loya. Kekadang muntah. Tetapi kerap kali pinggang ku sakit. Penat badan serta mengantuk yang teramat sangat. Suami hanya boleh berkata sabar. Walau apapun yang dilalui, tetap bersyukur kerana ini merupakan satu pengalaman yang indah. Sekiranya ingin dibandingkan dengan pengalaman rakan yang lain, rasanya keperitan alahan yang saya alami tidak lah seteruk yang mereka alami. Alhamdulillah.

No comments: