Pages

Tuesday, September 16, 2008

Ramalan

Seawal subuh semalam, aku mendapat panggilan daripada kakak ku. Dia bertanyakan khabar aku dan babby. Tetiba sahaja dia katakan yang aku akan bersalin esok hari. Terkejut aku dibuatnya. Nak tergelak pun ada. Dah macam ahli nujum gaya percakapan akak ku ini. Aku sekadar ketawa kepadanya. Bersungguh dia meminta aku mempercayainya. Katanya ada seseorang yang telah membuat kenyataan tersebut. Menurutnya aku akan melahirkan bayi ku ini pada hari selasa pukul 8.30 mlm. Siap dengan waktu lagi tu. Katanya jangan percaya sangat, tetapi sekadar untuk berjaga-jaga. Dan dia kata dia terpaksa memberitahu aku perkara tersebut kerana dia bimbang yang aku akan drive sendiri ke pejabat. Oleh itu, dia minta suami ku agar menghantar aku ke pejabat pada hari ini dan hari2 seterusnya. Memang dah lama suami ku menawarkan untuk menghantar aku. Tetapi aku yang malas, kerana aku terpaksa menunggu terlalu lama untuk dia menjemput ku pulang. Walaubagaimanapun, atas desakan kakak ku, aku akur.

Sebenarnya memang hati tak mahu percaya dengan semua itu, tetapi.... sedikit sebanyak ia turut memberi kesan kepadaku. Semalam sukar untuk aku melelapkan mata. Semua gara-gara cerita yang akak aku bawa. Sebab hari ini adalah hari selasa. Awal-awal pagi lagi dia telah menelefon emak untuk bertanyakan hal aku. Sejak hari sabtu yang lepas emak telah datang kerumah kami. Bertujuan untuk meneman & menunggu ku sekiranya aku bersalin. Terima kasih emak. Walaupun dalam keadaan kesihatannya yang tidak berapa menggalakkan, dia sanggup datang untuk menemankan ku. Itu lah kasih ibu kepada anaknya.... terharu....

Belum habis cerita akak ku. Hari ini ntah berapa kali dia telah menelefon ku. Kalau tidakpun dia akan sms. Kesian pula aku padanya. Risaunya melebihkan suamiku pula. Terima kasih long. Adik mu ini masih lagi sihat, masih belum terasa sakit untuk bersalin.

Tetapi... betulkah ramalan tersebut? sekiranya bukan hari ini (16 Sep 08 / selasa) katanya mungkin minggu depan (23 Sep 08 / selasa). Tetapi harinya adalah hari selasa, waktu 8.30 mlm..... mmmmmmmm... sama-samalah kita tunggu dan lihat ek...

No comments: