Pages

Thursday, September 11, 2008

Minggu ke-36

Salam,

Lama benar rasanya tidak menjengah ke laman ini. Dan lama juga tidak aku mencoret disini. Kini bayi ku telah genap 9 bulan berada didalam rahim ini. Dah terasa besar benar bayi ku ini. Setiap pergerakannya kini dapat aku rasakan. Walaupun dia hanya sekadar memusingkan badannya. Disebabkan tubuhnya yang semakin membesar dan tempat tinggalnya (rahimku) sudah menjadi kecil baginya. Oleh itu, selalu sahaja kelihatan perutku akan terbonjol dikiri atau dikanan. Dapat dirasakan anggota badannya seperti kaki & tangannya. Tetapi, setiap kali dia menolak atau menonjolkan dirinya, aku akan terasa senak dan agak sakit. Pergerakannya terasa amat kuat sekali.

Kini aku mengira hari. Agak berdebar rasa dihati. Sekarang aku kerap terasa sakit dibahagian belakang. Setelah dirujuk kepada doktor, katanya itu adalah contraction yang biasa akan berlaku pada hujung-hujung kehamilan. Dan itu adalah tanda-tanda awal untuk proses kelahiran. Dan hari ini aku rasakan yang kaki kiri ku sengal-sengal. Semua rasa ini menyebabkan aku tidak selesa. Ditambah dengan beban kerja di pejabat yang berlambak. Sekarang aku sibuk membuat senarai untuk serahan tugas. Semoga mudah pengganti ku kelak.

Dan hari ini juga merupakan hari ke 11 ramadhan. Alhamdulillah aku masih mampu berpuasa. Berpuasa bersama bayi didalam rahim terasa seronok. Berada dibulan yang penuh berakah, semoga keberkatan yang diberikan didalam bulan ini turut dapat dirasai oleh bayi ku ini.

Ameeeeennnnnn.....

Ya Allah, Engkau permudahkanlah segala urusan pada hari kelahirannya nanti...

2 comments:

mnr said...

Kak Ana..
Semoga semuanya selamat dan berjalan lancar..Ameen..

CERITAKUASN said...

Ameeennnn... tq nad