Pages

Tuesday, December 15, 2009

Jaundis / Demam kuning / Jaundice

Sebentar tadi saya berfacebook dengan saeorang sahabat. Masing-masing menceritakan pengalaman bersalin. Menurut sahabat saya, untuk kelahiran anaknya yang pertama, bayinya menghidap jaundis atau demam kuning pada tahap yang agak teruk. Katanya juga, menurut misi (jururawat) ia adalah normal bagi ibu yang berdarah O untuk anaknya mengidap jaundis. Benarkah kenyataan tersebut?! Mungkin ada benarnya. Saya sendiri kurang arif dalam hal perubatan.

Berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya yang sedikit ini, faktor pemakanan ibu semasa mengandung lagi sudah memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah ini. Berikut saya sertakan beberapa panduan dalam usaha mengelakkan bayi kita dihidapi jaundis. Saya mengikuti kebanyakan panduan-panduan dibawah. Alhamdulillah Afnan Mujahid tidak menghidapi jaundis semasa kecilnya dan saya berdarah O;

1. Banyakkan makan makanan laut semasa mengandung.

- Ini adalah berdasarkan nasihat salah seorang sahabat saya. Dan saya mengikutinya untuk kelahiran pertama saya. Tetapi untuk kendungan kedua ini jarang saya mengambil makanan laut.

2. Jangan sesekali mengambil jamu atau makanan yang mempunyai / mengandungi lada hitam bermula hari pertama kelahiran sehingga hari ke-15.

- Semua makanan tersebut boleh menyumbang kepada jaundis. Makanan tersebut akan disalurkan kepada anak menerusi susu ibu.

3. Hindarkan bayi daripada tidur yang kerap diwaktu siang.

- Bayi yang tidak aktif juga penyumbang kepada jaundis. Sentiasa kejutkan bayi dan susukannya.

4. Pastikan bayi kerap buang air kecil dan besar.

- Bayi perlu kerap buang air kecil dan besar bagi mengelak jaundis. Menurut jururawat yang merawat saya ketika berpantang, bayi perlu sentiasa buang air. Kekerapan dia membuang air membantu mengelakkan jaundis kerana kuman / sebarang penyebab jaundis tersebut akan keluar melalui perkumuhan. Ini bermaksud, kerap susukan bayi supaya dia kerap membuang air.

Untuk Afnan Mujahid yang lalu, saya benar-benar memastikan dia kerap minum dan sentiasa buang air. Saya juga tidak menyentuh langsung makanan yang mengandungi lada hitam. Set bersalin juga saya mulakan setelah 15 hari berpantang. Alhamdulillah Afnan Mujahid tidak menghidap jaundis. Walaubagaimanapun, untuk kandungan yang kedua ini agak membimbangkan saya. Saya kerap makan jeruk semasa awal kehamilan. Ia turut dikatakan boleh menyumbang kepada demam kuning. Saya mohon kepada Allah supaya dijauhkan penyakit tersebut daripada anak yang bakal dilahirkan ini.

Berdasarkan petua yang saya dengar, bagi bayi yang menghidapi jaundis hendaklah dibawa berjemur pada waktu pagi bagi mengubati sakitnya. Dan terdapat juga petua yang lain. InsyaAllah sekiranya saya ingat dan mendapat sebarang maklumat berkenaan petua-petua tersebut, akan saya postkan kedalam blog ini.

Sememangnya kita mengharapkan yang terbaik buat anak kita...

2 comments:

desa abu hassan said...

salam, selalunya lepas bersalin ,saya bakar ikan talang kering atas periuk tambah lada hitam..berselera my chubby makan..kini anak yg bongsu dah darjah satu..rasanya kilang dah tutup kut..umur pun dah meningkat tak sesuai kut..apapun info yang menarik untuk dikongsi...!

CERITAKUASN said...

saya tak berani nak makan lada hitam lepas bersalin. Takut anak kuning.