Pages

Monday, January 19, 2009

Pakar Pediatrik

Perlu bagi kita (ibu bapa) mendapatkan pediatrik untuk anak kita. Ia bagi memudahkan kita untuk membuat rujukan sekiranya anak kita mempunyai sebarang masalah kesihatan. Ia telah berlaku keada ku. Bagi mereka yang berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan, cukup sekadar merujuk kepada klinik kesihatan bahagian ibu dan anak. Tetapi pastikan anak kita mendapat rawatan yang sewajarnya.

Dan bagi mereka yang mampu, apa salahnya jika kita rujuk anak kita kepada pakar pediatrik. Pilih pidiatrik yang bagus. Yang mampu menerangkan serta merekodkan perkembagan dan tahap kesihatan anak kita.

Seperti apa yang telah berlaku keatas anakku. Aku serik dengan apa yang berlaku (lihat entri sebelum ini). Kini aku bertukar pediatrik. Alhamdulillah aku berpuas hati dengan pakar pediatrik Afnan Mujahid sekarang. Dia ramah dengan aku dan dia mengendalikan Mujahid dengan baik. Penerangannya juga jelas. Dia merekod setiap yang perlu di dalam buku rekod kesihatan Mujahid.

Klinik yang menjadi rujukan kami sekarang:

Klinik Pakar Kanak-Kanak Shanaliza
70, Jln 1/2F, Pusat Bandar Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur
Tel: 03-41496660 Fax: 03-41496661

Duit boleh dicari. Anak sapa nak ganti?....

5 comments:

The Makeup Artist said...

Wajar sungguh tindakan mu itu dear, cuma untuk ku agak sukar, cik abang ku itew kekadang terlalu kuat bercatu..

thanks kerna menyinggah di blogku.. akan ku cuba membantu mu mencari info tuk masalah mu itu..
jengah lagi nanti ya..

salam kenalan dari ku kawan.. ku link blog mu ke blog ku..

CERITAKUASN said...

Thank you mielliza.. Salam perkenalan. Harap kita dapat bersama berkongsi pandangan dan pendapat

The Zulkiflis said...

hi there. i'm still looking for a good paed around gombak and wangsa maju area. all this while, im so used at one paed in klang. so asn survivor, can u pls tell me how's klinik shanaliza is doing? ok ke doc nyer?thanks!

0 said...

Saya Ibu Kepada Haikal...Anak saya Sering demam dan sering sekali tidak sihat...pelbagai vitamin dah saya adakan untuk anak saya, tapi semunya dia xboleh nk terima..bila demam atau sakit apa2...ubat tersangat lah takut, hingga tidur malam boleh mengigau xnak makan ubat,(kerana kami memberi ubat dengan paksaan)..saya sebagai ibu, kalu boleh tidak mahu sakitkan anak semata2 kerana mahu suapkan anak ubat....soalan saya, boleh ker saya pergi ke klinik pakar kanak2 untuk mendapatkan injection bagi mengantikan ubat demam@sakit2 y lain...jika sesiapa y tahu cara untuk saya selesaikan permasalahan saya ini mohon kongsikan...terima kasih